Followers

Monday, October 26, 2009

Hari Minggu Yang Menyeronokkan


Rasanya baru je ari Jumaat kan. Tup..tup dah ari Isnin semula. Begitu pantas masa berlalu sesaat demi sesaat... cewah.... Seperti biasa kebetulan pulak hujung minggu ni ada projek baru yang perlu dibereskan. Memang seronok beb. Lebih-lebih lagi nak gantung rak baru. Sesuai ler ngan tajuk kat atas tu 'Hari Minggu Yang Menyeronokkan'. Dinding dapur Diary Roses Cottage dah berubah lagi. Gambar kat atas tu adalah gambar sebelum rak baru digantung. Rumah warna hitam 2 buah tu saya isi Koleksi Syampu-Syampu Hotel.


Ni koleksi syampu2 bila dah dizoom. Banyak juga la koleksinya. Botol2 syampu tu ada yang sendiri punya dan ada pemberian dari kawan2 pejabat dan bos yangmana dia orang tau saya minat kumpul botol2 tu. Kalau ada sahabat2 alam maya yang nak jual botol syampu pada saya secara on line boleh lah bagi tau kat saya ek.. hi..hi...


Kesian rumah hitam tu... tapi tak per.. nnti ada masa hujung minggu yang akan datang akan ku jadikan ianya berubah warna.


Kosong lagi atas tu. Tak tau lagi nak isi apa. Kena intai2 lagi blog henglish style ni.. utk tambahkan ruang yang ada.


Ni lah koleksi botal syampu Diary Roses. Penuh dah weh.... Kena beli lagi rak ni dah tak muat. Hi...Hi..



Ni dah tukar gambar. Bukan inggeris sytle lagi. Gambar Hang Tuah Seksi. Gambar anak teruna ku masa balik rumah keluarga di Pekan,Pahang.


Gambar dengan ayah n hubby. Gambar ni masa balik kampung kat Pekan. Ari sabtu 24 okt - besday sultan Pahang. Ayah baru balik dari istana ada majlis kat situ.


Ni pulak kek besday anak teruna ku. Besdaynya ari ni 26 Okt. Tapinya semalam (ahad) dah celebrate beli kek n KFC jer.


Anak teruna ku dan sepupunya bersedia untuk tiup lilin. Sekian, cerita hari minggu ku yang menyeronokkan dan penuh dengan aktiviti-aktiviti.

0 comments: