Followers

Wednesday, October 7, 2009

GaYa InGGeRiS RiNgKaS MeNaWaN HaTi Ku


Rak putih yang dibeli secara online


Gambar Terbaru Ruang Tamu


Kerusi kayu sebelum di cat putih


Kerusi berwajah baru setelah dicat

Ruang Tamu - Hijau Itu Menawan


Gambar dari Luar Rumah- sambutan Besday Huda

8 Okt 09 : Semangat ku masih berkobar-kobar utk mengupdate kan blog Diary Roses ni selama 3 hari berturut-turut tanpa rasa jemu dan putus asa. Walaupun masih ada kesilapan yang dilakukan tapi saya tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Seterusnya saya nak berkongsi pula dengan sahabat-sahabat tentang minat saya yg. begitu mendalam berkaitan hiasan dalaman rumah. Mendapat sepenuh kepercayaan dari huby tersayang untuk saya menata kediaman teres 1 tingkat yg. terletak di Indra Mahkota. Kediaman yang berkonsepkan Inggeris Style ini sudah hampir 4 tahun didiami.. Saya begitu gemarkan konsep ini kerana bagi saya konsep ini kelihatan manis, aman dan tenteram.

Seperkara lagi apabila bercakap mengenai kedesaan inggeris ruang perlu 'dimeriahkan' dengan aksesori yang berkaitan dengan persekitaran dan budaya masyarakat inggeris. Biarlah dikatakan seperti "MABUK BUNGA" dan "BERSERABUT" tapi inilah kekuatan kedesaan inggeris.

Saya mengambil masa seawal pagi pada hujung minggu (ketika anak-anak masih tidor lagi) untuk mengecat perabut (meja kopi, kabinet tv dll) kepada warna putih dengan bantuan hubby. Mujurlah hubby sudi membantu membuat kerja-kerja yang memenatkan dan meletihkan ni. Biasanya kawasan Porch kediaman saya yang jadi mangsa untuk saya melaksanakan projek cat-mengecat. Ia perlu tekun, sabar dan minat yang mendalam untuk merealisasikan projek tersebut. Walaupun hasilnya tidak sebaik mana tapi saya teramat berpuas hati dengan hasil kerja sendiri dan huby . (Nota: nasihat kpd sahabat2 yang berkunjung ke kediaman saya supaya anda hendaklah melihat perabot2 tersebut dari jarak yang jauh sahaja coz jika melihat, memerhati dan meneliti dari jarak pandangan yang dekat akan hilang serinya dan yg pentingnya anda akan melihat pandangan yang tak sepatutnya dilihat - cat-cat yang terkeluar dari bodynya, dan juga ketidak senonohan pengecat tersebut mengecat perabot yg ada.

Secara tak langsung ia kelihatan lebih ringan dan ruang tak nampak terlalu sarat. Kemudian saya lekatkan perabot tersebut dengan pelekat (decal) flora ala inggeris pada aksesori yang telah dicat dengan warna putih. Decal tersebut boleh didapati di Kuantan Parade Kuantan atau saya membeli secara on line di blog kedesaan inggeris.

2 comments:

Effa, said...

Tahniah Puan Linda, dah ada blog sendiri! Rajin2 update ye..hehehe

Linda Shukor said...

Tq. Insyallah, ada masa free boleh ler. Visit2 la sokmo blog ni ek.