Followers

Tuesday, October 6, 2009

GaMbOr RaYeR LaGi..

Ni lah AJK-AJK Majlis yg banyak membantu utk apa-apa Majlis di Indra Mhkota Cottage (Anak2 Sedara)
Gambar-gambar jamuan raya di Indra Mahkota Cottage - 23 Okt.

Huda n Naim tlg jaga baby coz mama baby tu sedang menjamu selera (anak kawan)

Sori ler .... tak muat kerusi terpaksa dok kat bawah jer



Kawan Opis tengah makan laksa pahang di Jamuan Raya Indra Mhkita cottage





Wow..bestnya. Makan apa tu? (anak sedara)






Gambar-gambar kat umah abang






Gambor rayer lagi beb.... Masa ni jalan-jalan cari makan kat umah abang di Indera Mahkota. Dia buat makan-makan untuk famly pada 25 Okt. Tiga hari berturut-turut mak n kakak dari Pekan datang beraya kat Kuantan. Abah tak datang coz abah saya ni susah sikit kalu dtg musti nak balik awal so ayahanda tersayang lebih rela dok kat umah (di Pekan) je menuggu orang datang beraya. 23 Okt saya buat jamuan raya utk kekawan, 24 Okt - Abang di Perumahan Bt 8 buat jamuan n last nya 25 Okt abang di Indera Mahkota.
Alhamdulillah, kenyang perut n selamat poket raya-raya ni. Banyak memenuhi undangan jamuan raya. Menu jamuan raya umah saya baru-baru ni Nasi Beriani Ayam , Laksa Pahang kuah merah dan Nasi himpat with rendang ayam. Bersyukur sangat coz makanan yg dihidangkan mencukupi utk tetamu yang datang. Tetamu pun memuji menu yg disediakan sedaaaappp. (tima kasih lah pada caterer saya, Kak Ma catering) krn berjaya memenuhi selera tetamu. Bukan mudah sebenarnya nak wat jamuan ni w/pun jamuan kecil-kecilan aje. Kena pandai -pandai budget menu yg dihidangkan tu cukup tak utk bilangan tetamu yg dijemput. Takut juga kalau makanan tak cukup tp tetamu ramai lagi. Kesian kat tetamu yg dtg kalu makanan dah abis. Apa yg penting kita kira brp tetamu yg nk dijemput, pas tu lebihkan cikit (extra) utk menu tersebut, n lastly yg pentingnyer kita kena berserah dan bertawakkal aje pd Allah minta smoga majlis yg dibuat tu berjalan dgn lancar. Insyallah..

Tima kasih pd hubby yg begitu sporting dan bersetuju utk wat jamuan makan ni & juga kepada Floor Manager majlis dan AJK-AJK Majlis iaitu anak2 sedara yg banyak membantu dalam setiap majlis yg saya adakan. Bantuan dia org tu mmg penting coz dia org la yg membasuh pinggan mangkuk, mengisi semula makanan2 yg dah abis kat atas meja, mengelap apa yg patut, lepas abis majlis tu moop pulak umah bagi bersih semula. Fuhh.... tak tertulis kat sini betapa banyak nya jasa u all pada MAK CHU tersayang ni (panggilan dia org utk saya) Tima kasih... tq..... Norul Zafira, Norul Zahidah, Norul Zulaika n Ahmad Taqiuddin.

0 comments: