Followers

Wednesday, December 30, 2009

Welcome To Rompin Pahang



Salam Semua. Kali ni Diary Roses nak bawa sahabat alam maya semua pergi berjalan-jalan di Rompin Pahang. Perjalanan yang hanya mengambil masa dalam 2 jam dari Kuantan ke Rompin dan akan melalui Pekan. Di Rompin ni ada dua resort yang sentiasa dikunjungi oleh Pengunjung-Pengunjung yang gemar akan suasana kehijauan, jauh dari hiruk piruk dan kebisingan kenderaan. Antara nya Summerset Resort dan Lanjut Beach Resort. Tempatnya memang tenang dan mendamaikan. Diary Roses sempat snap beberapa gambar ketika berjalan ke rompin baru-baru ini. Di Rompin memang terkenal dengan udang galahnya yang memang menyelerakan.


Suasana Pantai yang begitu mendamaikan dengan deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa.


Chaley yang terdapat di Summerset Rompin. Sesuai  untuk membawa keluarga


Summersert Rompin Pahang


Yang ni pulak Lanjut Resort Rompin Pahang. Sesuai untuk mengadakan Family Day di sini.



Chaley yang terdapat di situ.


Suasana kehijauan yang mendamai kalbu

Di Lanjut juga ada disediakan padang golf untuk peminat2 golf. Ok semua macam mana seronok tak bercuti bersama saya di Rompin Pahang? Selepas saja cuti2 mata di Resort yang ada di Rompin, acara seterusnya menuju ke bandar koboi Rompin. Menuju ke kedai apek2 yang ada kat situ. Dapat juga hasilnya. Apa lagi kalu bukan pelita. Hi..hi.. Sekian, Selamat Tahun Baru dari saya. Semoga kalian semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat hendaknya. Salam.

0 comments: