Followers

Monday, November 30, 2009

Cameron Highlands Edisi 1

Kaktus yang sempat disambar Oleh Diary Roses
Salam. Apa kabar semua sahabat? Harapnya semua sihat sentiasa. Dah hampir seminggu kita tak bersua di alam maya kan. Oleh kerana kesibukan dan masa yang tak mengizinkan Diary Roses tak berkesempatan untuk N3 Cerita-cerita terbaru. Baru-baru nie sebelum Hari Raya Diary Roses outstation ke Cameron Highland atas urusan kerja. Selepas balik dari Cameron Diary Roses kena demam & batuk & selsema. Hari Raya baru ni pun cuma terbaring kat atas katil jer. Ok kat gambar2 kat bawah ni untuk kongsi bersama semasa ke Cameron. Layannnn...

Pelbagai jenis kaktus

bunga-bunga yang berwarna warni

Jadi model percuma untuk promosi bunga-bunga

Penginapan semasa di sana


Century Pines Resort


Bersama opismate soping ditengah hujan di waktu malam di pasar brinchang.


di pasar malam brinchang.


Ok, kita sambung esok pula yer. Insyallah..









Thursday, November 19, 2009

Roses Tetap Menawan...

Salam kepada sahabat-sahabat alam maya & pengunjung Diary Roses. Kali ni Diary Roses N3 item-item yang dibeli berkonsepkan roses. Lagi..lagi...roses..sikit..sikit...roses... nak buat macam mana kan..... peminat setia roses.... Gambar atas tu alas kaki Roses... cantik tak? Harga nya pun murah ajer... Memang berbaloi-baloi la... Dah la murah..cantik lak tu... Barang atas tu Diary Roses rembat kat pasaraya di Kuantan ni. Yang ni bukan dibeli on line .. kebetulan lepas balik keja ari tu..singgah jap kat pasaraya ni.. niat tu memang tak nak beli apa-apa pun, saja pegi jalan2 jer.. tup ..tup.belek punya belek ada pulok yang berkenan di ati. Aduh.. ni lah orang pompuan.. Lastnya tanpa berfikir panjang.. rembat terus bayar kat kaunter...
Tambahan pula bila difikirakan kat Kuantan ni teramat la susah nak cari barang-barang berkonsepkan henglish n roses ni... tu yang capai terus (alasan tu hi..hi..hi..)
Kalau ada banyak lagi alas kaki atas tu kat pasaraya tut .. boleh jugak Diary Roses cuba-cuba jual kat blog... tapi sayang belek punya belek cuma tinggal ni jer satu.hu.hu..hu..
Masih lagi alas kaki juga. Cuma warna jer lain kan. Yang ni cam kurang menarik sikit kalau nak dibandingkan dengan yang atas tu... tapi tak kisah la beb.. janji roses.... Beli di pasaraya yang sama jugak.

Yang ni pulak pasu biasa jer. Rembat kat Pasaraya di Kuantan juga. Nampak cam menarik jer.. tak isi pun lagi bunga.. biar kosong cam tu ajer... tak per la.. janji roses pink gitu ..


Yang ni pulak ... roses kecik-kecik .. dalam sarung pink juga. Sebenarnya .. masa Diary Roses beli sarung tu dalam tu ada bear ... tapi anak dah ambil bear ... jadi nya terpaksalah ditukar dengan roses. Cam ner ok tak?????




Wednesday, November 18, 2009

Decoupage & Decal ...Layannnnn

Salam semua. Apa kabar? Hopefully semuanya sihat sokmo. Cuaca kat Kuantan sekarang ni mendung sentiasa. Hujan dah mula turun. Alhamdulillah setakat ni kawasan Pahang tak di landa banjir lagi. Kali ni Diary Roses N3 hasil-hasil terbaru yang telah berjaya Diary Roses rembat & dijadikan koleksi & hak milik kekal.
Kotak comel kat atas tu hasil tangan Kak Jija Penang. Puas ati... Cermat & teliti hasil decoupage dan ada juga tambahan folkart Kak Jija. Cantik kak... tak rugi beli. Memang berbaloi-baloi. Tak isi pun lagi roti... sayang... biar la kosong dulu cam tu.

Signage ni pun sweet sangat. Gabungan warna dan bunga nya membuatkan Diary Roses jatuh ati.

Yang ni pulak bekas nasi hasil tangan Kak Har Home Deco.


Kuali comel ni pun dari Har Home Deco. Sebelum ni ada satu jer.. pas tu tambah lagi satu, sweet pink.. baru ok ada pasangan.


NI pun periuk kecik dari Kak Har. Lepas ni ada lagi ke Kak Har barang-barang baru? Kalu ada cepat-cepat la calling kawan ni yek yang setia menunggu.

Cup cakes Har HOme Deco.

Mesti pengunjung semua asyik tertanya-tanya kannn.... Diary Roses ni asyik N3 dan asyik bercerita barang-barang rembatan jer, ...bila nak cuba-cuba wat product sendiri lak kan..mendecal ke..decoupage ker... Sebenar-benarnya..Diary Roses mengakui... memang tak berseni dan campur juga ngan kemalasan yang melanda.. yang membuatkan malas sangat nak mencuba mendecal or mendecoupage barang-barang yang ada. Kalau setakat tepek decal yang simple tu boleh la. Sebab tu ler.. Diary Roses ni keja nya merembat jer barang-barang bloger yang lain.... Tak per.. tolong kekawan melariskan jualan kan. Ok.. jumpa lagi di keluaran yang lain.. Lepas ni nak N3 barang apa pulak erk????
Barang saper lak yang jadi mangsa selepas ni.. Kiter tungguuuuuuuuuuuuuuu....




Monday, November 16, 2009

Berkunjung Ke SUHAILA Cottage - Sahabat Alam Maya - Versi 2

Salam semua sahabat-sahabat. Alhamdulillah, bersua kembali. Untuk hari ini Diary Roses sambung semula pengembaraan Ke Suhaila Cottage - Versi 2. Gambar-gambar kat atas tu adalah koleksi-koleksi berharga Suhaila yang dah dikumpul olehnya sejak sekian lama.

Cantik kan. Betul tak?

Win chair yang dibeli di Fella Design (betul kan Tuan Punya Cottage? Kalau salah tolong perbetulkan yer Su)

MOdel of the year...hi..hi..hi... Tanpa segan silu Diary Roses mintak izin Su untuk snap gambar di setiap sudut cottage Suhaila. Puas ati...berbaloi-baloi... Kali ni yang jadi mangsa untuk snap gambar kami berdua ni tak lain tak bukan My Mr. Huby ler.

Ini lak gambor Mr Huby Su (baju putih) n hubby Diary Roses tengah dok berborak-borak. Yang comel berbaju biru tu anak dara Su yang bongsu. Rancak juga la dia orang ni berborak sambil menunggu wife masing-masing berstory-story. Alhamdulillah syukur dapat huby yang memahami minat wifenya.


Lastly, gambar anak teruna ku. alahai... naim ooiii... dia dah buat perangai la tu.. lama sangat tunggu mamanya berborak. Siap baring lagi kat kerusi cantik Cik Su tuh. Ish.. dah bagi isyarat ajak balik la tu. Tak puas lagi mama ni cuci mata ... Ok setakat ni saja N3 Diary Roses. Ok.jumpa lagi.. Ca Ci Cau. Esok ..insyaallah Kak Har nak singgah opis hantar item-item yang ditempah dan nak tunjukkan pada sahabat-sahabat opis yang tengah 'excited' ngan barang-barang henglish nie. Ca Ci Cau.. Jmpa Esokkkkkk.......






Sunday, November 15, 2009

Berkunjung Ke SUHAILA Cottage - Sahabat Alam Maya

Diary Roses dan Suhaila - Sahabat Alam Maya
Salam dan salam satu malaysia untuk sahabat2 alam maya semua. Diary Roses nak kongsi cerita ngan semua pengunjung yang mana hari Ahad baru-baru ni untuk pertama kali nya dapat berjumpa dengan sahabat alam maya iaitu Suhaila. Ataupun nama manjanya Su. Ini sahabat alam maya yang kedua lah Diary Roses bertentang mata. Kebetulan lak nak dijadikan jodoh ari tu, Diary Roses plan nak balik rumah parents kat Pekan, Pahang, tergerak hati nk singgah kat Su Cottage. Lagipun Cotage Su cuma one way nak balik ke Pekan. Pagi tu Dairy Roses pun sms la kat Su bagitau nak datang umah. Su pun balas sms bagitau dia ada kat umah. Boleh la singgah. Su tinggal kat Taman Berjaya Permai. Ish.. berdebar lagi beb... Cam na la orangnya kan. Tapi hati kuat mengatakan Su ni mesti peramah juga orangnya seperti yang dok bercakap kat tepon sebelum ni.
Masuk jer kat Cottage Su... terkaku seketika Diary Roses.... terpegun dan terpesona melihat keindahan Cottage Su. Fuh.. pandai Su mendeco kan cottage nya tu. Menarik sangat. Cantik mata memandang. Alhamdulillah, bila dah berjumpa dengan Su, macam dah berkawan lama la pulak. Biasanya macam tu lah. Sahabat2 alam maya yang punya minat dan citarasa yang sama ni - hengglish sytle mudah saja untuk memulakan berbicara dan seterusnya jadi sahabat.
Ini adalah sebahagian dari sudut-sudut yang menarik (tapi.. bagi Diary Roses semua sudut kat Cottage Sue manarik belaka) untuk tatapan sahabat alam maya semua.


Ruang menonton TV



Ni pula sudut di ruang tamu. Terima kasih banyak2 Su coz sudi terima kehadiran Diary Roses n Famly. Maaf kerana menganggu Su di hari minggu. Nice to meet u Su. Jemput lah nanti berbalas kunjungan untuk ke Cottage Diary Roses pula yek. Nanti Diary Roses akan N3 lagi gambar2 sudut Cottage Suhaila. Ok, kita berjumpa lagi esok atau lusa yer. Insyallah. Ca Ci Cau.




Tuesday, November 10, 2009

Layannnnn..... zasssss.........

Salam semua. Seperti yang telah dijanjikan, kali ni Diary Roses N3 hasil-hasil terjahan Diary Roses n the geng ke Har Home Deco baru-baru ni. Kebetulan bos tak de ni outstation boleh lah amik masa kejap N3 gambar. (Kalau ada bos pun, kadang-kadang tu curi masa gak buka blog) Gambar bawah ni Jug epal yang telah dirembat kat Har Home Deco baru-baru ni. Pas ni leh buat koleksi epal la pulakk.
Kita layannnn gambar lain lak yerk..zassss...........
Tak boleh lari dengan roses. Tetap ada. Hasil dari Har Home Deco. Manis gitu.
Gambar kat atas tu 3 pasu comel dengan pokoknya sekali. Comel kan. Sebelum nie Diary Roses kurang berkenan dengan pokok topiari ni. Tapi bila dah selalu sangat tengok kat blog, rasa macam dah jatuh ati la pulak.
Akhirnya dapat juga Diary Roses tambah koleksi dengan Lampu Ayam (Ya ker namanya ni) Sekali rembat terus amik 2 beradik. Kesian lak, kalu letak sorang2 jer.


Ni pulak kuali comel yang telah dimake-up kan oleh Kak Har.

Kebetulan penyangkut ni pun ada stok lagi.. apalagi.... masuk terus dalam beg plastik ler...

Yang ni Diary Roses tak beli lah, saja amik gambar koleksi tin Kak Har.

Dah puas mama n friend bergambar, lastnyer anak dara pun disuruh nya berposing kat sudut2 menarik umah Kak Har. Hi..hi..hi... Mama nak bergambar lebih2 malu la pulak kann.

Sporting anak mama ni. Walaupun dipaksa.Tetap bergambar jugak dengan senyum meleret. Ok semua, itu saja lah setakat ni gambar-gambar barang-barang yang telah dirembat oleh Diary Roses. Walaupun tak pegi kedai, pegi umah Kak Home Decor ni pun dah rambang mata. Ok akak akan ku tunggu item2 for sale untuk bulan seterusnya... . TQ Kak Har ... Dah penat2 membeli tu dapat pulak Free Gift.










Sunday, November 8, 2009

Jalan2 Pagi Sabtu di Har Home Deco Kuantan

Gambar Kak Har dan sahabat2. (Kak Siti dan Fairus)

Alhamdulillah. Akhirnya bertemu juga Diary Roses dengan Kak Har Home Deco. Saya dan dua orang lagi sahabat (Kak siti N Fairus) pergi terjah rumah Kak Har ari Sabtu pagi. Walaupun baru pertama kali bertemu dan bersua muka, tapi bagaikan dah banyak kali berjumpa. Riuh rendah seketika rumah Kak Har ari tu. Tak sangka rupanya Kak Har ni dah lama berkecimpung dalam dunia jual-menjual produk henglish ni. Cuma kami ni jer yang tak tau nya.


Gambar Diary Roses dengan Kak Har.

Pergi bukan sekadar berjalan-jalan sahaja. Dapat juga lah kami ni beberapa barang henglish kat Har Home Deco. Dah tau rumah ni mudah lah nanti kami datang rumah Kak Har lagi yer...

Berposing dengan Kak siti kat salah satu sudut di rumah Kak Har.


Tengah tunggu Kak Har nak kira berapa hengget semula barang yang dirembat ari tu.


Ish.. Fairus... sampai dalam lemari pun nak diterjah nya. Hi..Hii..hi...


Gambar kat depan rumah Kak Har. Ni dah nak balik . Sempat lagi berposing sambil tangan memegang beg plastik. Puas ati la. Semua balik dengan tangan penuh terisi. Untuk akan datang Diary Roses akan N3 hasil-hasi yang dapat dari terjahan kat umah Kak Har.


Akhir kata, tima kasih pada Kak Har coz sudi terima kunjungan kami ni. Terima kasih juga coz bagi harga yang begitu memberangsangkan. Harga memang berbaloi... Jumpa lagi cuti sekolah ye kak... product baru sampai. Jangan lupa tepon kami.








Thursday, November 5, 2009

Koleksi Ku Yang Seciput

Salam Semua. Kali ni Diary Roses nak jemput sahabat-sahabat semua mencuci mata pada koleksi2 seciput Diary Roses yang ada dalam simpanan. Sebelum pergi ke Diary Roses Cottage kita singgah kejap kat opis Diary Roses. Frame2 gambar roses kat atas tu digantung kat tiang sebelah mesin fax dan sebelah pintu boss. Kalau boss nak marah pun tak jadi coz bila tengok roses tu sejuk balik atinya. Hi..hi..hi..

Rak kecil tu gan tempat letak remote tu saya beli dengan kawan. Actually dia ni dulu keja sama pejabat dengan saya but now dia mohon bersara awal untuk buka perniagaan sendiri. Kebanyakan barang2 diambil terus dari China.

Bekas tisu ni saya tempah dengan kawan opis gak. Namanya kak zie. Barang yang jauh boleh diorder, mustahil barang yang ada kat depan mata dilupakan. Hi..hi..hi..

Ketiga-tiga bakul sampah tu pun ditempah dari orang yang sama.

Terlalu banyak sangat bakul sampah sampaikan tak tahu dah nk letak kat mana.

Insyallah, esok cadangnya nak pergi rumah Kak Har Home Deco kat Balok. Ish.. berdebar-debar lah pulak. Ni kiranya baru first time la nak jumpa Kak Har. Sahabat alam maya. Insyallah minggu depan saya N3 ye hasil kunjungan saya ke umah Kak Har. Sekian.