Followers

Wednesday, December 30, 2009

Welcome To Rompin Pahang



Salam Semua. Kali ni Diary Roses nak bawa sahabat alam maya semua pergi berjalan-jalan di Rompin Pahang. Perjalanan yang hanya mengambil masa dalam 2 jam dari Kuantan ke Rompin dan akan melalui Pekan. Di Rompin ni ada dua resort yang sentiasa dikunjungi oleh Pengunjung-Pengunjung yang gemar akan suasana kehijauan, jauh dari hiruk piruk dan kebisingan kenderaan. Antara nya Summerset Resort dan Lanjut Beach Resort. Tempatnya memang tenang dan mendamaikan. Diary Roses sempat snap beberapa gambar ketika berjalan ke rompin baru-baru ini. Di Rompin memang terkenal dengan udang galahnya yang memang menyelerakan.


Suasana Pantai yang begitu mendamaikan dengan deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa.


Chaley yang terdapat di Summerset Rompin. Sesuai  untuk membawa keluarga


Summersert Rompin Pahang


Yang ni pulak Lanjut Resort Rompin Pahang. Sesuai untuk mengadakan Family Day di sini.



Chaley yang terdapat di situ.


Suasana kehijauan yang mendamai kalbu

Di Lanjut juga ada disediakan padang golf untuk peminat2 golf. Ok semua macam mana seronok tak bercuti bersama saya di Rompin Pahang? Selepas saja cuti2 mata di Resort yang ada di Rompin, acara seterusnya menuju ke bandar koboi Rompin. Menuju ke kedai apek2 yang ada kat situ. Dapat juga hasilnya. Apa lagi kalu bukan pelita. Hi..hi.. Sekian, Selamat Tahun Baru dari saya. Semoga kalian semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat hendaknya. Salam.

Tuesday, December 29, 2009

Pelita & Cottage Baru

Salam semua. Bak kata Eija Cottage n K.Har Home Deco "Penyakit berjangkit kumpul barang antik nie lebih bahaya .. very dangerous ... dari H1N1. Hi..hi..hi... So Beware !!!!! Yes.. tepat sekali ungkapan tersebut. Kali ni Diary Roses n3 pulak koleksi pelita yang ada. Bila selalu dok skodeng kat blog sahabat alam maya yang lain nampak cantik dan berkenan la pulak untuk wat koleksi pelita-pelita tu semua. Tima kasih pada semua sahabat alam maya coz dapat mencedok idea dari blog kalian semua.

Koleksi ku yang seciput


Ok, yang ni gambar cottage baru Diary Roses. Jemputlah masuk. Pilihlah nak berkunjung ke Purple Cottage or Blue Cottage. Sayangnya kali ni tak ada lah pulak "Green Cottage "

Minta mahap ler cottage nya tak sebesar mana. Ada pulak pokok nyur (kelapa) kat depan umah. Ish.. bukan hengglish la tu.

Kedua2 Cottage tu Diary Roses abadikan di atas tv. Ok. Ca ci cau.






Monday, December 28, 2009

Koleksi Topiari

Salam sahabat semua. Selepas set ijau baru nie Diary Roses nak N3 pulak koleksi topiari yang baru didecalkan sendiri baru2 ni masa cuti krismas. Nak dapatkan real koleksi topiari susah sangat lah so.. wat lah projek decal ni pada piring2 yang berwarna putih. Decal ni dibeli dengan Kak Mar. Maap coz hasil nya tak ler begitu memberangsangkan. Walaupun mudah sangat, tampal jer kan. Ok.
Pesanan Penaja : Jangan lupa layari Blog baru dicipta oleh sahabat opis saya . Peminat hengglish juga. http://witaroseroses.blogspot.com








Disinilah di abadikan Koleksi ciptaan sendiri topiari ku itu. By.
















Thursday, December 24, 2009

Hijau Oh Hijau

Salam semua sahabat. Kali ni sebelum balik kerja ni Diary Roses nak n3 set cawan green colour. Lari cikit dari Hengglish Style. Set ni rasanya sama ngan set yang Kak Shima - Qasehcreation.blog.spot punya koleksi kan. Betul tak kak? Kak Shima namakan juga set ni Cawan mulut besar warna hijau kan? Sebenarnya set ni mak saya punya. Ari tu balik kampung kat Pekan tergerak pulak hati nak bukak lemari kat Pekan tu. Tetiba mata ni terpandang la warna hijau tu. Hijau oh hijau (Pinjam ayat kak shima ye) Oleh kerana tajuk ari ni hijau oh hijau maka warna untuk tulisan kali ni pun hijau juga. Ok Kita layannn zass...

Insyallah, cuti ni nak balik Pekan lagi. Nak meneruskan usaha mencari Adik beradik dia yang lain lak. Kutnya ada terjumpa pinggan makan ker.

Yang ni set lain pulak. Tak jumpa adik beradik dia yang lain. Cuma ada yang itu ajer.


Disinilah diabadikan set hijau tersebut. Ok sahabat semua. Selamat bercuti. Jaga diri. Wassalam




Tuesday, December 22, 2009

Green & Blue Apple Runner

Salam semua pengunjung-pengunjung DiaryRoses Cottage. Kali ni Diary Roses nak citer pasal semalam. Lepas balik keja semalam tu singgah lah kejap kat pasaraya di Kontan ni. Hajat awalnya nak beli buah jer. Pas tu sebelum pegi kat tempat buah, singgah lah jap kat tempat carpet. Saja jer cuci2 mata. Tetiba. mata yang bertuah ini terpandang lah runner yang memikat hati. Jeng..jeng.. belek punya belek fuh.... tergoda la pulak. Apple runner beb.. bukan mudah nk jumpa. Mula tu nak amik satu jer tapi conpius lak nak pilih yang mana satu, coz dua2 tu menarik. Lastnya amik la dua2 sekali. Nnti tak teringat2 kan. Nak dijadikan citer kebetulan la pulak dah dikatakan rezeki .... ada less ler..hi.hi..hi.. murah la juga. Kita layan..zass..

Model terbaru berbaring di atas blue apple runner

Green Apple Runner. Panjang juga ukuran nya. Memang berbaloi la.

Zoom dari dekat

Ni lak blue apple runner


Sori la.. kali ni posing maut la pulak model Diary Roses nie..

Sekian saja. Jumpa lagi. Wassalam.


Monday, December 21, 2009

Display Item

Gift Dari Kak Har Home Deco. Jutaan terima kasih kak di atas gift yang diterima.

Salam semua sahabat, kekawan dan pengunjung-pengunjung setia Diary Roses. Sungguh terharu saya apabila membaca komen2 anda sahabat alam maya. Komen2 yang bernas dan pujian-pujian yang diberikan kepada blog saya. Alhamdulillah... semangat membuak-buak (ewah....) makin menyala-nyala rasanya untuk sama-sama berkongsi minat dan idea-idea dalam deco hengglish style ni.

Mohon maaf jika selama anda melayari blog saya yang tak seberapa ini ada patah-patah perkataan, baris-baris ayat-ayat yang membuatkan anda terasa. Dan juga niat saya N3 koleksi-koleksi seciput yang ada bukan untuk menunjuk2 ataupun untuk bermegah2 sekadar untuk berkongsi minat yang sama dengan sahabat2 semua. Formal la pulak ... Tima kasih atas sokongan anda sahabat alam maya semua ...


Satu lagi Gift dari Kak Har. Tq kak. Gumbira saya menerima gift-gift spesel dari akak. Insyallah, Moga berkembang lagi business akak nie..


Koleksi apple dari Har Home Deco. Dan signage apple tu dari Kak Lynn. Menarik kan bila dah dikumpulkan bersama-sama. Minat mengumpul apple ni mula bercambah bila melihat blog2 rakan maya yang lain yang mempunyai koleksi apple yang tersendiri.


Topi didisplaykan sementara di dapur.

Disinilah diabadikan pasu topiari dan sepasang kettle comel dari Har Home Deco.

Gambar yang telah dizoom kan.

Sebelum di letakkan dirak, koleksi comel ku itu diletakkan di kabinet dapur. Tapi rasa cam tak sesuai jer.. jadi beralih lah pulak tempatnya.

Display 2 biji tin comel yang dirembat dari Har Home Deco.

Sekian, saja sahabat2 ku semua. Koleksi ku yang seciput yang tak seberapa yang baru saja Diary Roses miliki walaupun sahabat2 yang lain dah lama memilikinya. Nak buat cam ner .. terpaksa terima realiti kehidupan (hi..hi..) ye...ye jer... bandar Kuantan ni susah nak dapatkan item-item henglish yang menarik. Kalau ada pun ... harganya .. mak aiii... memang mahal ler. Berjumpa lagi. Wassalam.












Sunday, December 20, 2009

Shoping Di Har Romantika Home Deco

Salam semua. Berjumpa lagi kita kali ni. Alhamudillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk hidup di bumi Allah yang tercinta ni. Cuti 3 hari baru ni terasa macam sekejap jer. Tak puas bercuti walaupun tak ke mana-mana pun. Hari jumaat cuti Awam Muharam baru ni dapat lah Diary Roses berkunjung ke Har HOme Deco. Ada la cikit2 barang yang dirembat. JOm kita cuci mata ....
Gambar atas tu vase topiary.

Topi .. Welcome To Linda Cottage Roses.

Bekas kuih berkaki

Baru beli bekas ni ngan K.Har .. Kat Kuantan tak de, susah nak cari.

Kettle comel hasil dari Har HOme Deco. Actually, Diary Roses beli satu ajer , yang satu lagi tu Gift dari Kak Har. Dapat ler sepasang. Tima kasih kak. Moga murah rezeki dan bertambah lagi maju perniagaan akak ..... Kalau ada barang baru lagi boleh la jual kat saya murah..murah lagi yerk..hi..hi.

Teko

Okey, kekawan itu saja setakat ni. Insyallah esok Diary Roses N3 lak item2 kat atas tu yang dah didisplaykan. Wassalam.