Followers

Tuesday, May 18, 2010

Rumah Contoh Part 3


Salam semua. Apa khabar. Kali ni saya sambung lagi citer pasal pengembaraan ke Rumah Contoh Part 3. hi..hi.. sekadar untuk cuci mata bersama-sama. Kali ni pulak rumah teres dua tingkat - End Lot. Jom..zass...


Perasan tak.. kalau rumah contoh kebanyakannya kaler cat dinding semua nya warna-warna lembut jer kan. Dan perabotnya pun kebanyakan kaler putih. Memang cantik .. tapi nak maintain warna putih tu cukup susah ler ..


Ruang tamu

Tempat duduk yang dah siap dipasang oleh pemaju

Pintu masuk utama

Ruang tamu dan ruang makan

Pandangan dari ruang dapur

Okey, nanti kita menjelajah ke ruang dapur dan bilik di tingkat atas pulak yer ... salam by..by ..

Monday, May 10, 2010

Rumah Contoh Part 2


Salam semua. Kita sambung lagi edisi ke dua menjelajah rumah contoh Part 2. Kali ni tingkat 2 rumah contoh tersebut. Kat tingkat atas tu ditempatkan ruang lepak keluarga. Tempat nonton tv ngan tempat study. Bilik ada  3 buah. Layans ...


Sudut study mengadap tasik

Inilah rupanya tasik buatan


Bilik anak warna hijau



Bilik ke dua


Bilik Utama

Bilik Air Utama pun chantek


Okey itu ajer. Nanti sambung lagi yer. By.

Wednesday, May 5, 2010

Rumah Contoh Part 1


Salam Semua. Apa khabar? Hujung minggu baru ni saya pegi survey rumah contoh di Kota SAS (Sri Ahmad Shah) Bandar Indera Mahkota berhadapan dengan Istana Abdul Aziz. Saja je jalan-jalan sambil cuci mata. Rumah ni baru dibuka untuk jualan. Tempoh siap dalam 2 tahun. Wow ... memang chantek la idea deco kat rumah contoh tu. Anak2 saya sampaikan tak nak balik sebab teruja sangat dok kat rumah contoh tu. Rumah contoh ni diberikan nama Bayu - Rumah Kembar 2 Tingkat. Harganya RM388,000.00 ........ Memang berbaloi la ngan harga yang ditawarkan itu.  Jom kita cuci mata gambar2 kat bawah ni ....


Deco di hadapan pintu masuk utama


Ruang tamu


Ruang Makan


Dapur Kering



Pandangan dari meja makan ke ruang tamu


Tangga menuju ke tingkat atas.

Sekian saja untuk kali ni. Sebenarnya banyak lagi gambar2 lain yang nak di n3. Tapi tak sempat la. Ada 2 lagi  rumah contoh untuk di huplodkan. Insyallah, kalau sempat esok saya sambung lagi yer.. Ok selamat mencuci mata dan kalau nak dijadikan panduan mendeco cottage masing2.. silakan ...

Sunday, May 2, 2010

Award Dari Alisya Sweet Home


2.  Award ni di terima dari Alisya Sweet Home. http://alisya/sweet.home.blogspot.com

4.  5 Name That People Call U :
     a. MAMA  - Anak-anak kesayangan
     b. MAK CHU - Anak-anak Sedara sebelah saya
     c.  CIK LINDA - Anak-anak sedara sebelah suami
     d. LIN PKT - Boss
     e. ACU - Kawan2 masa di ITM Jengka & Sek. Men. Tengku Abdullah Pekan

5.  IMPORTANT DATE IN YOUR LIFE:
     a. 16.6.1999 - Mula berkhidmat di jabatan kerajaan
     b. 14.2.1976 - Hubby besday
     c. 18.3.2001 - Tarikh kahwin
     d. 30.12.2001 - Besday Anak Pertama
     e.  26.10.2005 - Besday Anak Kedua

6.  5 THINGS U DONE YESTERDAY
    a. Cam biasa bangun pagi kejutkan anak teruna ku yang bermasalah utk pegi sekolah di tadika.
    b. Sampai je opis, terus ke cafe utk breakfast.
    c. Lepas tu tgk surat2 dan faks2 yang urgent untuk tindakan bos
    d. T.hari - lunch di cafe - acara wajib ... menu nasi putih @ lauk-lauk
    e. Ptg balik rumah .. layan anak2

7. 5 WAYS TO BE HAPPY
   a. soping (kalau duit terlebih la..hi..hi..)
   b. bercuti ngan famly
   c. tak pun keluar ke bandar kuantan lepak2 kat shoping komplex ngan famly
   d. balik kampung kat pekan, makan masakan ibu
   e. dinner ngan member2

8.  5 FAVORITE MOVIES
  a. Citer Kekasih ku Seru
  b. Citer cina Police Kadet
  c. Jangan Pandang Belakang
  d. Hotel Mania
  e. Bawang Putih Bawang Merah

9.  5 FAVOURITE HOBBIES
  a. window soping
  b. Menghias rumah
  c. tengok majalah deco
  d. semua urusan yang berkaitan deco . esp. inggeris sytle
  e. pegi survey rumah2 contoh yang telah siap di hias dengan complete furniture.. cantik

10.  5 FAVOURITE PEOPLE
 a. Huby
 b. Parents
 c. Famly
 d. Anak2
 e. Sahabat2

11. 5 FAVOURITE PLACES 4 VACATION
a. Bali
b. London
c. Singapore
d. Australia
e. Paris

12. 5 REASON U ANSER THE SURVEY
a.  Terlalu teruja dan hepi sgt dpt penghargaan cam ni
b.  Dapat menambahkan kenalan yg ada.
c.  Mengeratkan silaturahim walaupun jauh di mata tapi dekat di hati
d.  Dah lama tak jawab soalan periksa
e. Mengasah otak utk menjawab.. hi..hi..

13. 5 PERSON TO TAG
a. kak har - http://harhomedecor.blogspot.com/
b. Kak ina Tudung anggun - http://zarinawati74.blogspot.com/
c.kak shima - http://shima-qasehcreation.blogspot.com/
d. kak rose roses
e.  eija- http;//eijacottage.blogspot.com

Itu saja buat kali ini. Dipanjangkan pula award ini untuk sahabat2 yang lain. Salam.

Tuesday, April 20, 2010

SUNSHINE AWARD FROM QASEH CREATION @ KAK SHIMA


Salam semua. Alhamdulillah, pagi ni bila buka blog ada mesej dari Kak Shima @ Qaseh Creation minta amik award di Qaseh Creation Blog. Terima kasih kak di atas kesudian @ penghargaan yang diberikan ini. Terima kasih ... terima kasih.. terima kasih.....  

Honestly to say : I'm really proud n gladness received this spesel award. I feel so happy n excited... I would like to thanx everyone all of my readers blogger esp. u  Sis. TQ once again.

Monday, April 19, 2010

Folk Art


Salam Semua. Sebenarnya projek ni dah lama buat. Tapi tak sempat nak n3 je. Dah berapa kali plan lastnya berjaya juga. Kebetulan hari jumaat masa lunch hour, cikgu Lisa (panggilan baru) free, jadi nya terus ajak Lisa untuk buat Folkart kat kabinet di rumah.  Ini lah hasil yang begitu memberangsangkan. Handmade dari Lisa. Cantik kan. Teruja sangat. Memang menarik. Kalau berminat boleh menghubungi LISA untuk tempahan atau  berkunjung ke blog lisa http://alissa-lisa.blogspot.com/


Kotak ajaib... kat sinilah disimpannya bahan-bahan untuk folkart. Kalau dah kreatif.. kat mana-mana pun jadi kan.


Cikgu Lisa tengah membancuh warna-warna untuk difolkart kan pada kabinet.


Gaya seorang pelukis


Kan.... dah jadi tu... sweet...


Sempat la buat dua bunga aje. Nak balik opis pulak.. kalau tak.. ada satu kabinet di hiasi ngan bunga-bunga rose.


Dia orang tengah menjamu selera sambil mencuci mata melihat lisa menyiapkan projek folkartnya.


Menu : Mee Goreng Mamak Spesel..hi..hi..

Kek Lapis Sarawak

Itu saja buat kali ini.. Salam

Monday, April 12, 2010

Bengkel Pengurusan Jenazah - 9 Apr 2010 (Jumaat)

Cara-cara mengkafankan jenazah


Mayat sempat tersenyum lagi... waduh jijah.. syabas...

Semua manusia di dunia ini akan menghadapi saat-saat sakaratul maut. akhirnya kita kembali kepadaNYA
Salam semua. Alhamdulillah. Baru-baru ini diadakan Bengkel Pengurusan Jenazah di Pejabat. Penceramah jemputan ialah Ustazah Norhayati Ibrahim telah berjaya mendapatkan perhatian peserta dengan maklumat segar dan penceritaan pengalaman beliau dalam mengendalikan jenazah lebih 10 tahun. Pelbagai pengalaman yang dilalui oleh ustazah tersebut.


Semasa sesi ceramah ustazah ada berpesan 4 amalan wanita yang menjadi ahli syurga:

1) Solat- tunaikanlah solat dengan khusuk dan sempurna


2) Puasa -Berpuasa di bulan Ramadhan


3) Jaga kemaluan


4) Taat kepada suami


(Sebahagian gambar dan kata-kata di atas di copy & paste di blog Puan ita.. tima kasih puan... )

Terkasima seketika apabila berada di bengkel yang penuh dengan ilmu ini. Insyallah semoga kita semua nanti akan ditempatkan bersama  orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insyallah.





Ustazah mengajar cara-cara untuk memandikan jenazah


Timbul keinsafan semasa menghadiri bengkel ini. Terasa seolah-olah kita yang berada di kain kafan tu.  Syabas kepada azizah kerana menjadi model jenazah semasa bengkel tersebut.  Bila tiba part mengkafankan jezanah dengan kain yang telah tersedia dan kapas.... fuh.. meremang gak bulu roma ku ini.... Salam, itu saja untuk kali ini.