Followers

Tuesday, December 15, 2009

Kunjungan Dari EIJA COTTAGE

2 biji pelita rembat dari EIJA COTTAGE

Salam semua. Baru-baru ni 13 Disember 2009 (Ahad) Diary Roses Cottage telah menerima kunjungan dari tetamu yang begitu spesel sekali. Selama ini hanya bersms dan kenal melalui alam maya sahaja. Maka, temujanji pun di atur. Alhamdulillah, berjaya juga kami bersua, bertentang mata .. ewah ... Terima kasih EIJA dan ditemani oleh adiknya kerana sudi datang ke Diary Roses Cottage. Ramah orangnya. Walaupun baru bersua tapi macam dah kenal lama.
Datang la lagi yerk kalau balik ke Kuantan. Pintu umah kawan (orang pekan bahasakan diri 'saya' - 'kawan') sentiasa terbuka.
Eija dan adiknya



Monday, December 14, 2009

Sambung Citer Semalam

Salam, Kali ni masih lagi n3 bamboo place mat. Sambung citer semalam. Yang ni pulak gambar epal.

Cam ni la rupanya bila dah display. Ok. Itu Saja. Salam.


Sunday, December 13, 2009

Bamboo & Plastic Place Mat

Salam sahabat semua. Sihat hendaknya. Kali ni Diary Roses nak citer pasal bamboo place mat - Gambar roses. Bila difikirkan pintu kabinet tu masih kosong jadi bamboo place mat berwajahkan roses digantung di situ.

Yang ni design lain lak

Yang ni plastik place mat. Gambar tulip. Saya beli kat kedai di Kuantan ni. Plannya nak beli barang lain tapi tetiba tengok benda alah ni, nampak menarik juga. Amik jer la. Harganya pun tak mahal mana. Boleh dijadikan perhiasan kan.

Disini lah diletak kan tulip tersebut.


Yang ni pulak gambar epal. Menarik juga kan.

Yang epal ni Diary Roses letakkan berhampiran dengan tempat buat susu anak.

Begini lah rupanya bila dah di display kan.



Pening..pening... mabuk roses betul la.. Nak wat cam ner kan. Dah minat. Ok, itu saja. Jumpa lagi. bye.









Thursday, December 10, 2009

Diary Roses Cottage

Home Sweet HOme. Slmt Datang. Jemputlah masuk.

Salam semua. Sihat hendaknya. Sebelum tiba hari minggu, Diary Roses nak N3 sikit gambar-gambar di ruang kediaman Diary Roses yang tak seberapa ni. Gambar atas tu meja tempat kerja suami ku. Disinilah huby ku membuat kerja-kerjanya sambil menonton tv. Maklumlah rumah teres jadi keluasan nya tak la sebesar mana. Jadi kat situlah tempat melepak, kat situ ler tempat tengok tv, kat situ jugak lah tempat menerima tetamu, kat situ juga lah meja kerja suamiku.





Tuesday, December 8, 2009

Koleksi Folder Henglish Sytle

Salam semua. Apa kabar? Sihat hendaknya. Kali ni Diary Roses nak berkongsi dengan kawan-kawan semua hobi tersendiri Diary Roses selama ni. Nak tau tak apa yang menariknya tentang folder henglish sytle kat atas tu. Sebenarnya clear holder kat atas tu adalah koleksi2 yang dah lama Diary Roses kumpul sejak dari dulu lagi. Yang menarik ada didalam nya ialah keratan-keratan majalah tentang deco-deco ataupun apa-apa ajer cerita tentang henglish style.
Diary Roses banyak membeli majalah-majalah, tak kira majalah apa pun asalkan dalam majalah tersebut ada rumah2 contoh henglish style. Biasanya dalam majalah keluarga, wanita, midi, impiana, anjung seri banyak cerita-cerita henglish style ni. Lepas tu Diary Roses pun potong la keratan majalah tersebut untuk dimasukkan ke dalam folder kat atas tu. Punya lah gila betul dengan henglish sytle kan hingga kan ketahap macam tu sekali.

Sebahagian dari koleksi yang ada dalam simpanan. (6 folder)

Kadang tu bila pegi kedai majalah, bukan tengok isi-isi kat dalam majalah tu, tapi tengok deco majalah tersebut. Kalau kedesaan henglish terus ler beli... Kalau majalah wanita pulak, terus bukak muka surat belakang sekali coz page belakang tu biasanya hiasan2 rumah yang terpilih.


Gambar-gambar yang telah berjaya dipotong.









Ini pulak satu folder untuk garden

Yang bagusnya, bila dah ada koleksi tersendiri macam ni boleh lah dijadikan panduan untuk menghias kediaman sendiri dan juga boleh menjadi aromaterapi untuk dia sendiri & menghilangkan tension bila dok tengok umah dia orang yang shantek-shantek tu. Sambil-sambil berangan2 kalau lah umah kita cam tu .... hik..hik..hik..
Sekian, kalau ada apa-apa komen bagitau la yer. Ca..ci..cau..








Monday, December 7, 2009

Bunga-bunga Dan Koleksi Yang Ada

Salam semua. Apa kabar? Bertemu lagi di Diary Roses. Kali ni Diary Roses n3 Koleksi seciput yang ada di Diary Roses Cottage dan juga bunga-bunga yang sentiasa mekar walaupun tak disirami air. Sori kali ni tak boleh nak citer panjang2 coz nak tengok Nenek Kebaya. Ari ni episod last. Okey.. layan.. zass.....

Bakul perhiasan. masih kosong. tak tau nak letak apa2 lagi.

Roses tetap menawan. Gabungan warna purple. Cantik tak?


Papan magnet. Diary Roses lekatkan disitu kertas-kertas hasil tangan anak daraku yang sulong tu. Kata-kata sayang dan ucapan darinya untuk kami satu family.


Pasu kecil letak kat bawah tv. Jumpa lagi.. wassalam. Ca ci cau ....







Thursday, December 3, 2009

Rembat Lagi... Ntah kali yg keberapa daaa....

Salam semua. Kali ni Diary Roses nak hup date item-item baru yang diperolehi dari Har Romantika Home Deco. Kebetulan hari tu kerja tak banyak, cuaca pun elok ajer macam merestui Diary Roses n the gang untuk serbu ke Har Romantika Home Deco (lunch hour) . Gambar-gambar rembatan ni semua bukan niat Diary Roses untuk menunjuk-nunjuk cuma untuk kepuasan hati sendiri yang begitu meminati dengan roses ni dan juga berkongsi minat yang sama dengan sahabat2 alam maya yang lain.
Kat Atas tu koleksi terbaru Royal Albert Tiruan . Cantik pula bila dah disusun kat atas kabinet dapur.

Display item-item terbaru. Selepas ni mungkin akan berubah-ubah lagi posisinya.

Donald dan bun yang dirembat dari Har Romantika Home Deco..

Mangkuk bertingkat-tingkat gambor buah. Tak guna pun lagi.

Lastly pasu kecik-kecik... gambar buah juga. Tengah mencari pokok topiari untuk diisi kat atas tu..Itu sahaja .. ca ci cau...





Wednesday, December 2, 2009

Aduh.. Rembat lagi..

Home sweet home. Diletakkan sementara di rak gantung.
Salam semua. Apa kabar? Cuaca di Kuantan mendung & suasana sejuk amat terasa ..... Masih terasa seperti berada di Cameron lagi .. hi..hi..hi.. Setiap hari hujan .. tapi alhamdulillah masih tak banjir. Wpun cuaca di Kuantan tidak menentu, kejap hujan kejap dah reda, kejap mendung, tapi rembatan demi rembatan tetap on juga.. Kali ni Diary roses nak berkongsi dengan sahabat semua barang-barang yang berkenan di hati ini ... Cuba teka yer .. rasanya dimana kedai pilihan kali nie ..??? yaa betulll tepatt sekali... Masih di Lynn Cottage.



Bekas ni Diary roses letakkan di atas meja 'kerja' huby di rumah. Macam2 blh isi dalam tu.... stationery ker.. kotak2 kecik ker.. jadi tak ler nampak bersepah-sepah sangat.

Welcome ni sebenarnya hajat di hati nak letak kat porch, tapi sayangnya buat masa ni pendapatan yang tidak memberangsangkan untuk renovate porch.. jadi sayang ler kalu letak kat porch dok kena hujan panas..hujan panas.. nnti buruk la. Jadi buat sementara letak kat dapur la dulu.


Mom kitchen epal



Kosong lagi atas tu .... boleh order lagi tu..


White rak .. terpesona bila tengok display dari K.Lynn. Itu yang terus sambar.. Dan juga pasu topiary .. cantik .. cuma bunga nya tak der lagi








Satu lagi White Rak. Diary Roses letakkan bekas susu anak, air masak dan termos air panas. Ok tak cam tu?


Ok.. jumpa lagi .. ca..ci..cau..