Followers

Tuesday, April 20, 2010

SUNSHINE AWARD FROM QASEH CREATION @ KAK SHIMA


Salam semua. Alhamdulillah, pagi ni bila buka blog ada mesej dari Kak Shima @ Qaseh Creation minta amik award di Qaseh Creation Blog. Terima kasih kak di atas kesudian @ penghargaan yang diberikan ini. Terima kasih ... terima kasih.. terima kasih.....  

Honestly to say : I'm really proud n gladness received this spesel award. I feel so happy n excited... I would like to thanx everyone all of my readers blogger esp. u  Sis. TQ once again.

Monday, April 19, 2010

Folk Art


Salam Semua. Sebenarnya projek ni dah lama buat. Tapi tak sempat nak n3 je. Dah berapa kali plan lastnya berjaya juga. Kebetulan hari jumaat masa lunch hour, cikgu Lisa (panggilan baru) free, jadi nya terus ajak Lisa untuk buat Folkart kat kabinet di rumah.  Ini lah hasil yang begitu memberangsangkan. Handmade dari Lisa. Cantik kan. Teruja sangat. Memang menarik. Kalau berminat boleh menghubungi LISA untuk tempahan atau  berkunjung ke blog lisa http://alissa-lisa.blogspot.com/


Kotak ajaib... kat sinilah disimpannya bahan-bahan untuk folkart. Kalau dah kreatif.. kat mana-mana pun jadi kan.


Cikgu Lisa tengah membancuh warna-warna untuk difolkart kan pada kabinet.


Gaya seorang pelukis


Kan.... dah jadi tu... sweet...


Sempat la buat dua bunga aje. Nak balik opis pulak.. kalau tak.. ada satu kabinet di hiasi ngan bunga-bunga rose.


Dia orang tengah menjamu selera sambil mencuci mata melihat lisa menyiapkan projek folkartnya.


Menu : Mee Goreng Mamak Spesel..hi..hi..

Kek Lapis Sarawak

Itu saja buat kali ini.. Salam

Monday, April 12, 2010

Bengkel Pengurusan Jenazah - 9 Apr 2010 (Jumaat)

Cara-cara mengkafankan jenazah


Mayat sempat tersenyum lagi... waduh jijah.. syabas...

Semua manusia di dunia ini akan menghadapi saat-saat sakaratul maut. akhirnya kita kembali kepadaNYA
Salam semua. Alhamdulillah. Baru-baru ini diadakan Bengkel Pengurusan Jenazah di Pejabat. Penceramah jemputan ialah Ustazah Norhayati Ibrahim telah berjaya mendapatkan perhatian peserta dengan maklumat segar dan penceritaan pengalaman beliau dalam mengendalikan jenazah lebih 10 tahun. Pelbagai pengalaman yang dilalui oleh ustazah tersebut.


Semasa sesi ceramah ustazah ada berpesan 4 amalan wanita yang menjadi ahli syurga:

1) Solat- tunaikanlah solat dengan khusuk dan sempurna


2) Puasa -Berpuasa di bulan Ramadhan


3) Jaga kemaluan


4) Taat kepada suami


(Sebahagian gambar dan kata-kata di atas di copy & paste di blog Puan ita.. tima kasih puan... )

Terkasima seketika apabila berada di bengkel yang penuh dengan ilmu ini. Insyallah semoga kita semua nanti akan ditempatkan bersama  orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insyallah.





Ustazah mengajar cara-cara untuk memandikan jenazah


Timbul keinsafan semasa menghadiri bengkel ini. Terasa seolah-olah kita yang berada di kain kafan tu.  Syabas kepada azizah kerana menjadi model jenazah semasa bengkel tersebut.  Bila tiba part mengkafankan jezanah dengan kain yang telah tersedia dan kapas.... fuh.. meremang gak bulu roma ku ini.... Salam, itu saja untuk kali ini.

Wednesday, April 7, 2010

Cousin Wedding @ Maira Giftmine @ Romantika @ JB

Romantika JB

Salam semua. Kali ni saya nak n3 gambar-gambar masa saya ke Johor Bahru untuk majlis kahwin sepupu suami di KG.Majidee JB. Ni kiranya kali kedua saya sampai ke JB. Sebelum ni pernah juga ke sana, tapi tak singgah di mana-mana.  Tapi kali ni memang puas betul la. Dapat pegi Giftmine dan romantika. Memang best betul. Maklumlah kan, kat Kuantan tak ada kedai-kedai deco inggeris cam tu.. Rambang juga  lah mata ku ini.


Banyaknya epal kat romantika


Bergambar di Danga Bay bersama mak mertua, anak-anak dan anak sedara suami


Ini lah pengantin nya. Pengantin perempuan tu sepupu suami. Duduk kat kuantan.


Anak teruna ku yang begitu teruja ngan pasukan kompang dari Kg. Majidee JB. Kali ni jugak pertama kali saya menghadiri majlis kawin orang JB. Best...banyak side menu yang disediakan selain dari nasi minyak. Ada nasi himpit ngan rendang, bubur kacang, kuih-kuih... Memang kenyang.



Ni pulak jalan-jalan kat Maira Giftmine. Rambang mata.


Antara barang-barang yang ada dijual di Maira Giftimine.




Gambar mak mertua dan anak-anak di lobi Hotel di JB


Senyum tak ikhlas je ni.. Apa tak nya dah boring menunggu mama mencuci mata kat kedai ni.


Jam Epal tu memang cantik la.. tapi kat rumah dah ada. Jadi lupakan saja.. Sekian, saja. Salam dari saya.

Monday, April 5, 2010

Blog Baru @ Terima Kasih @ Item Baru


Brooch mutiara & krsytal dari Sabah

Ini lah dia PUan Syariza Ai dari SAbah. Sahabat alam maya yang jauh di sana. Terima kasih di atas persahabatan yang dijalinkan ini.
Salam semua. Apa khabar. Harap semua kawan-kawan sihat.  Kali ni saya n3 cenderahati yang diterima dari sahabat alam maya saya yang jauh sangat - SYARIZA AI dari Jabatan Kesihatan Sabah. Katanya lagi ... beliau merupakan peminat setia blog Diary Roses ini. Terima kasih.... saya pun tidak sangka blog saya yang simple ini rupanya ada juga peminat tersendiri yer.. Terima kasih.. Terima kasih syariza coz sudi memberi cenderahati sebagai tanda perkenalan kita. Walapun kami tidak pernah bersua, hanya berborak di FB sahaja, tapi ikatan persahabatan yang dijalinkan itu macam dah lama kenal .  Terima kasih sekali lagi atas ingatan yang diberikan.  Saya begitu menghargainya.


Sepasang brooch


Gelang krystal



Yang ni pulak topiari baru sampai dari K.Lynn. Menarik suka tengok. Dah lama berkenan. Lastnya jadi kepunyaan juga. Terima kasih K.Lynn. Okey lastnya nak war-warkan blog baru kawan saya http://alissa-lisa.blogspot.com