Followers

Tuesday, March 30, 2010

Gathering & Dinner @ New Horizon Kuantan


Menu : Sayur campur

Salam semua. Kali ni saya nak n3 gambar-gambar dinner & gathering baru-baru ni kat New Horizon Kuantan. Walapun kami ni semua (kawan-kawan yang sama-sama belajar di ITM jengka Pahang) tinggal dan kerja di Kuantan tapi kami jarang dapat berjumpa disebabkan kesibukan masing2. Bila ada peluang cam ni rasa hepi sangat dapat berjumpa & berborak-borak & mengimbau kenangan lama masa belajar dulu tu.  Kami dinner hari tu without family. So suami-suami yang sporting jaga anak-anak kat rumah. Alhamdulillah, setelah penat lelah belajar selama 3 tahun, pelbagai rintangan dan dugaan yang ditempuhi masing-masing telah berjaya menjadi wanita yang berkerjaya. Antara mereka ada yang bertugas dengan Bomba Negeri Pahang sebagai Pembantu Khas Pengarah, Pembantu Khas kepada Pengarah Jab. Ukur dan Pemetaan N.Pahang, Pembantu Khas Kepada Pengarah Perancang Bandar & Desa N. Phg, Pembantu Khas kepada Pegawai Kewangan N. Phg, dan juga yang berkerja di sektor swasta.  Di samping acara makam-makan kami juga bawa  acara bertukar-tukar cenderahati. Saja untuk suka-suka. Alhamdulillah syukur... jom kita layannn......


Ikan Siakap Nyonya Style


Wow.. ni yang best. Desert. Banana split

Gembira nya dapat brooch.


Hepi nya amalina dapat cenderahati munger-munger roses dari saya .... Paper beg dah munger2 hadiah dalam tu sudah tentu english gak.... jeng..jeng.. cuba teka apa dia.... actually amalina ni kurang minat lagi pada kedesaan english ni.... tapi tak per... bagi dulu cenderahati ni... lepas ni mesti dia terpikat punya lah....



Gambar di luar restoran

Dari kiri : ina (Setiausaha- Pegawai Kewangan N.Phg), K.Doe (Setiausaha - Pengarah Jab. Perancang Bandar & Desa) Me: Linda, Kak Wawa (Private Office) Datin Sara - Setiausaha Jab. Ukur & Pemetaan dan Sabrina (Setiausaha-Pengarah Jab. bomba Pahang)




Yang ni pulak Butter prawn. Udang berdiri tegak... ok.. itu saja untuk kali ni. Salam

Monday, March 29, 2010

Award Dari Tudung Anggun Ina


Salam semua. Apa kabar.
Harapnya semua sihat. Dah lama juga saya tak hup date blog. Sibuk sikit lately . Anyway terima kasih pada Kak Ina dari TUDUNG ANGGUN INA coz sudi bagi anugerah Terhormat Top Blogger 2010. Terima kasih. Terharu saya menerima penghargaan yang amat berharga ni. Okey, itu saja.Terima kasih semua.

Monday, March 15, 2010

AWARD DARI KAK YAH.


Salam semua. Apa khabar? Kali ni saya nak berkongsi kegembiraan dengan semua tentang award dari Kak Yah http://justdeco-yaya.blogspot.com/


Alahai kak... terima kasih la kerana sudi pass kan pada saya pula AWARD yang akak terima tu. Bila baca shoutmix chat saya tadi tu... terus gelabah rasanya. Tak tau nak buat apa. Maklumlah , ini lah kali pertama semenjak saya berkecimpung dalam dunia blog ni dapat AWARD dari sahabat bloger yang lain. Terima kasih sekali lagi kak di atas penghargaan yang diberikan ini.  Dan juga terima kasih kepada sahabat alam maya lain yang sudi meluangkan masa kalian untuk singgah sebentar ke blog saya ni.


Terima kasih..terima kasih... Salam dari saya.

Sunday, March 14, 2010

Jom Makan Laksa Pahang


Ini lah rupanya laksa @ Pekan @ Pahang yang ditempah khas dengan KAK MA catering (Kakak ipar ku yg begitu teror bab2 masak memasak ni) SEbenarnya Kak Ma saya ni orang Kelantan tapi bila dah kawin ngan org Pahang(my brother) dan dah lama menetap di Pahang ... maka akhirnya dah pakar masak makanan Pahang termasuklah Laksa Pahang kuah merah ni.


Ulam- Ulaman


Belacan & Limau. Fuh.. baunya harum semerbak.

Sambal belacan.

Salam semua. Apa khabar sahabat-sahabat blog semua. Kali ni saya nak cerita Makan-Makan last week di pejabat. Kali ni lari banyak dari title biasa hengglish style ye. Alhamdulillah, dapat juga saya berkongsi kegembiraan bersama dengan rakan-rakan pejabat baru ni dengan mengadakan jamuan makan laksa Pahang kat pejabat sempena terima Pingat & Opsyen Perlantikan kepada Gred yang lebih tinggi. Syukur di atas rezeki yang dilimpahi oleh NYA ini. Terima kasih kepada bos yang banyak membantu saya selama ini  & kawan-kawan pejabat semua. Tanpa kalian siapa diri ini kan. Ewah.. ... Dan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat alam maya di atas ucapan tahniah & kata-kata semangat.


Ini lah kuah nya. Kuah merah yang pekat sekali. Sodapp...


Agar-agar santan


Kopi kaw...


Ini lah dia boss saya yang baik hati , yg sporting , yg..... Terima kasih Dato' ....


Kawan-kawan pejabat tersenyum gembira ..


Senyum .... senyum ... Ayu gitu...



Kawan-Kawan Pejabat dah tak sabar nak menikmati menu laksa pahang


Dari Kiri : Me, Nadia & Puan Ita (orang kuat kewangan) .
Opps lupa lak nk bagitau tema ari tu kaler oren.


It's me.. Linda. Itu saja untuk kali ni..by.

Thursday, March 11, 2010

Kunjungan Ke Rumah Kak Ct - Part 2


Salam sahabat semua. Kali ni saya nak sambung semula citer pengembaraan ke rumah Kak CT. Masih lagi diruang tamu kediaman Kak CT. Kat lemari itu lah disimpan segala koleksi kesayangan nya. Dan kata tuan rumah lagi....lemari itam tu cuma tunggu masa je nak bertukar putih..hi..hi..


Sebahagian koleksi Kak CT yang diletakkan di sudut dapur


Ini pula sudut melepak dan menonton tv yang terletak kat dapur.


Bunga gantung Kak CT. Pasu yang di touch up sendiri oleh tuan rumah.


Ini pun hasil kerja Kak CT. Akak ni memang rajin bab-bab mendeco dan mengubah wajah asal barang-barang yang dirasakan sesuai untuk bertukar rupa ke warna putih.




Itu lah nya tuan rumah Kak CT.. tengah syok bercerita.


Koleksi itik Kak CT.

Itu saja gambar-gambar yang sempat di n3. TQ Kak CT coz sudi menerima kunjungan me n huby walaupun letih masih tak hilang lagi baru balik dari kerja. Okey.. jumpa lagi salam.

Tuesday, March 9, 2010

Berkunjung Ke Siti Cottage Part 1


Salam sahabat semua. Kali ni saya nak n3 gambar rumah kawan pejabat saya Kak Siti Nurhaliza opss KAK SITI ZAHARAH la... Dia ni pun peminat tegar hengglish style. Baru-baru ni lepas abis kerja singgah jap cottage KAK SITI. Dah lama sebenarnya niat di hati ini nak amik gambar umah Kak Siti dan nak n3 dalam blog. Akhirnya termakbul juga.  Kak Siti tak ada blog sendiri. Tapi akak ni rajin juga melayari blog-blog hengglish rakan-rakan yang lain. Jom..kita berjalan-jalan ke Cottage Kak Siti


Gambar di ruang tamu. Cantik kan. Tersusun jer. Suka tengok.


Ada pulak gambar huby yang tengah dok bercakap di tepon. Sofa pun munger-munger kan. Very2 the henglish la. Alahai.. dah nak balik la ni.. tak sempat nk n3 gambar lain. Sambung esok yer. By.

Wednesday, March 3, 2010

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran N.Pahang pada 27 Feb. 2010 - Part 2


Salam sahabat semua. Kali ni saya N3 pula gambar-gambar di Balairung Sri Istana Abu Bakar Pekan. Semasa Istiadat Pengurniaan Pingat berlangsung. Berdebar tu memang ada la. Tapi alhamdulillah Allah memudahkan segala urusan. Step-step untuk terima pingat tu tak lah susah sangat tapi bila debaran dah mengusai diri step yang mudah tu pun boleh lupa. Jom kita tengok gambar-gambar kat bawah ni..zassss....


Terima Pingat dari KDYTM Tengku Mahkota Pahang



Me n Huby. Bergambar selepas selesai majlis.



Gambar bersama ayahanda yang turut bertugas pada hari tersebut.

Sekian, saja N3 saya untuk kali ini. Pengalaman menerima Pingat di Istana Abu Bakar Pekan. Salam.

Monday, March 1, 2010

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran N.Pahang pd. 27.2.2010 - Part 2


Gambar di Pintu Masuk Istana Abu Bakar Pekan Pahang



Royal Pahang Polo Club - Berhampiran dengan Istana


Bersama ayahanda tersayang.


Salam semua. Berjumpa lagi .Kali ni nak share gambar-gambar di sekitar Istana Abu Bakar Pekan. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan blog yang mengucapkan tahniah kepada saya dan kata-kata dorongan & semangat yang diberikan. 


Bersama suami di hadapan Istana.



Di dalam Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan.




Istana Abu Bakar, Pekan Pahang


Majlis makan tengahari selepas terima pingat

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.  Salam untuk semua.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran N.Pahang pada 27 Feb. 2010 - Part 1


Salam. Apa kabar sahabar semua. Dah lama kita tak bersua yer. Oleh kerana kesibukan tugas dan masa yang tak berapa nak mengizinkan jadi tak sempat nak up date blog ni. Kali ni saya nak berkongsi kegembiraan bersama sahabat-sahabat blog semua. Syukur alhamdulillah kerana baru-baru ini saya menerima  Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) pada 27 Feb 2010 di Istana Abu Bakar, Pekan. Sempena Ulangtahun KDYMM Sultan Pahang. Terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat dan juga kepada bos saya kerana mencalonkan saya untuk terima pingat ini. Terima kasih diatas penghargaan yang diberikan ini.


Gambar suami di Balairung Sri Istana Abu Bakar, Pekan


Majlis Makan Tengahari selepas penerimaan pingat


Bergambar di hadapan pintu masuk istana


Kotak bagi menyimpan Pingat di atas

Ok. setakat ini saja. Insyallah saya continue semula hari esok. Salam.