Followers

Thursday, February 11, 2010

Ingin Menghulurkan Sumbangan ??? Berkunjunglah ke blog Diary Roses.


MEMOHON SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBINAAN SURAU TAMAN MUTIARA MAHKOTA INDERA MAHKOTA 15, KUANTAN PAHANG.

Adalah dimaklumkan bahawa AJK Surau di perumahan saya merancang untuk membina surau di Taman Mutiara Mahkota, Indera Mahkota 15, Kuantan.  Kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM500,000.00 bagi menampung kegunaan ahli jemaah seramai 500 orang.

2.   Sehubungan itu, saya mewakili seluruh penduduk perumahan saya dengan penuh ikhlas serta setulus hati memohon sumbangan derma tuan / puan yang dermawan.  Mudah- Mudahan Allah SWT memberi limpahan rahmat dan keberkatan di atas sumbangan dan amal jariah yang dihulurkan.

3.   Sumbangan boleh dikreditkan terus ke dalam akaun bank seperti maklumat berikut:-

      Nama akaun               :      SURAU TAMAN MUTIARA MAHKOTA IM 15
      Nombor Akaun          :       0610-0000184-10-9 (CIMB ISLAMIC)

4.    Untuk makuman tuan / puan juga Permohonan  Untuk Mengutip sumbangan ini telah mendapat kelulusan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Ruj : MUI PHG 28/4/(12) yang ditandatangani oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang.

5.   Sekian, terima kasih.

" YA ALLAH, TERIMALAH AMAL JARIAH HAMBA-MU INI DAN LIMPAHKANLAH RAHMAT-MU KE ATAS SEKALIAN HAMBAMU YANG MEMBELANJAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA HARTANYA DI JALAN ALLAH "

Wednesday, February 10, 2010

Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia..


Selamat Hari Lahir Cik Bee. Moga sentiasa diberkati dan dirahmati. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Cik Bee. Moga dipermudahkan oleh NYA segala urusan.

Salam semua. Sudah lama kita tak bersua kan. Oleh kerana kesibukan tugas dan juga beberapa perkara yang telah  berlaku tanpa diduga membuatkan blog Diary Roses ni dah lama tak di up datekan.   Kali ni saya nak berkongsi dengan pembaca semua kejutan dari rakan-rakan bahagian pengurusan kepada Boss BAhagian Pengurusan kami yang kami sayangi iaitu Cik Be baru-baru ini bulan Februari. Beliau kini mula bercuti panjang kerana masalah kesihatan.


Kami merindui mu..boss yang paling sporting... Moga cepat kembali bertugas .. Kami sentiasa menanti kehadiran puan. Doa kami sentiasa mengiringi Puan.


Gift Ikhlas dari Bahagian Pengurusan



Kunjungan bersama kawan pejabat ke rumah Cik Bee untuk wish hepi besday dan menyampaikan hadiah dari warga pengurusan


Jangan Bersedih.. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.. Insyallah


Model-Model Bunga


Sekian. Wassalam.