Followers

Monday, April 12, 2010

Bengkel Pengurusan Jenazah - 9 Apr 2010 (Jumaat)

Cara-cara mengkafankan jenazah


Mayat sempat tersenyum lagi... waduh jijah.. syabas...

Semua manusia di dunia ini akan menghadapi saat-saat sakaratul maut. akhirnya kita kembali kepadaNYA
Salam semua. Alhamdulillah. Baru-baru ini diadakan Bengkel Pengurusan Jenazah di Pejabat. Penceramah jemputan ialah Ustazah Norhayati Ibrahim telah berjaya mendapatkan perhatian peserta dengan maklumat segar dan penceritaan pengalaman beliau dalam mengendalikan jenazah lebih 10 tahun. Pelbagai pengalaman yang dilalui oleh ustazah tersebut.


Semasa sesi ceramah ustazah ada berpesan 4 amalan wanita yang menjadi ahli syurga:

1) Solat- tunaikanlah solat dengan khusuk dan sempurna


2) Puasa -Berpuasa di bulan Ramadhan


3) Jaga kemaluan


4) Taat kepada suami


(Sebahagian gambar dan kata-kata di atas di copy & paste di blog Puan ita.. tima kasih puan... )

Terkasima seketika apabila berada di bengkel yang penuh dengan ilmu ini. Insyallah semoga kita semua nanti akan ditempatkan bersama  orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Insyallah.





Ustazah mengajar cara-cara untuk memandikan jenazah


Timbul keinsafan semasa menghadiri bengkel ini. Terasa seolah-olah kita yang berada di kain kafan tu.  Syabas kepada azizah kerana menjadi model jenazah semasa bengkel tersebut.  Bila tiba part mengkafankan jezanah dengan kain yang telah tersedia dan kapas.... fuh.. meremang gak bulu roma ku ini.... Salam, itu saja untuk kali ini.

0 comments: