Followers

Tuesday, March 30, 2010

Gathering & Dinner @ New Horizon Kuantan


Menu : Sayur campur

Salam semua. Kali ni saya nak n3 gambar-gambar dinner & gathering baru-baru ni kat New Horizon Kuantan. Walapun kami ni semua (kawan-kawan yang sama-sama belajar di ITM jengka Pahang) tinggal dan kerja di Kuantan tapi kami jarang dapat berjumpa disebabkan kesibukan masing2. Bila ada peluang cam ni rasa hepi sangat dapat berjumpa & berborak-borak & mengimbau kenangan lama masa belajar dulu tu.  Kami dinner hari tu without family. So suami-suami yang sporting jaga anak-anak kat rumah. Alhamdulillah, setelah penat lelah belajar selama 3 tahun, pelbagai rintangan dan dugaan yang ditempuhi masing-masing telah berjaya menjadi wanita yang berkerjaya. Antara mereka ada yang bertugas dengan Bomba Negeri Pahang sebagai Pembantu Khas Pengarah, Pembantu Khas kepada Pengarah Jab. Ukur dan Pemetaan N.Pahang, Pembantu Khas Kepada Pengarah Perancang Bandar & Desa N. Phg, Pembantu Khas kepada Pegawai Kewangan N. Phg, dan juga yang berkerja di sektor swasta.  Di samping acara makam-makan kami juga bawa  acara bertukar-tukar cenderahati. Saja untuk suka-suka. Alhamdulillah syukur... jom kita layannn......


Ikan Siakap Nyonya Style


Wow.. ni yang best. Desert. Banana split

Gembira nya dapat brooch.


Hepi nya amalina dapat cenderahati munger-munger roses dari saya .... Paper beg dah munger2 hadiah dalam tu sudah tentu english gak.... jeng..jeng.. cuba teka apa dia.... actually amalina ni kurang minat lagi pada kedesaan english ni.... tapi tak per... bagi dulu cenderahati ni... lepas ni mesti dia terpikat punya lah....



Gambar di luar restoran

Dari kiri : ina (Setiausaha- Pegawai Kewangan N.Phg), K.Doe (Setiausaha - Pengarah Jab. Perancang Bandar & Desa) Me: Linda, Kak Wawa (Private Office) Datin Sara - Setiausaha Jab. Ukur & Pemetaan dan Sabrina (Setiausaha-Pengarah Jab. bomba Pahang)




Yang ni pulak Butter prawn. Udang berdiri tegak... ok.. itu saja untuk kali ni. Salam

0 comments: