Followers

Thursday, October 29, 2009

Flower Pink Runner Dah Sampai

Salam untuk semua. N3 ari ni saje je nak share ngan u all (pinjam ayat ye K.lynn..dah ketandusan idea..hi..hi..hi..) parcel yang selamat sampai ke tangan ku pada pagi khamis (Semalam). Terkezutttt... beb.. tak sangka cepat sampainya. Kak lynn pos ari selasa, ari khamis dah sampai. Yang jadi mangsa untuk menerima parcel-parcel ku ialah Adik Denan. Dia ni Pegawai Khidmat Pelanggan kat opisku. So dia lah menerima bagi pihak ku, tak perlu lah parcel tu dibawa hingga ke floor saya. Bukan apa, kalu dah bawa naik ke atas banyak sangat tapisan-tapisan dan soalan-soalan yang dikemukan yang perlu Diary Roses menjawabnya. Hi..hi.. letih beb..

Ni la dia Flower Pink Runner Dah Sampai. So sweet. Boleh tahan panjangnya. Puas ati la kak lynn. Itupun opismate saya pun dah berkenaan bila dia tengok Runner tu. Excited.. hinggakan dia nak bank in terus duit semalam. Tapi sayangnya kak lynn cakap stok dah abis tunggu seminggu lagi baru sampai stok baru...

Jam dinding ni pun baru order gan kak lynn gak. Sebenarnya, item ni dah lama di N3 dalam blog k.lynn & dah abis pun stok nya. Ntah cam ner nak dijadikan rezeki Diary Roses , Kak Lynn cal bagi tau stok jam ni ada semula. Fuhh... gumbira rasanya.



Malam kelmarin, dok memikir nal letak kat mana la jam ni. Tengah2 memikir tuh, anak dara I bagi pendapatan suruh letak kat bilik dia ajer. Jadinya jam tu sekarang ada kat bilik dia la. Tu yang dinding warna pink tuh..



Tuesday, October 27, 2009

Ruang Kediaman Diary Roses Dlm Majalah Keluarga Dis 08


Mesti pengunjung blog ni tertanya-tanya apalah yang menarik sangat kan Majalah Keluarga Dis 2008. Dah lah usianya pun dah hampir nak setahun. Namun majalah ni masih ada lagi dalam simpanan saya.


Walaupun cerita ni dah lama, tapi saja nak kongsi dengan kawan2 semua. Dalam ruang kediaman, gambar kediaman Diary Roses telah berjaya memenuhi ruang bagi kediaman pembaca. Dapat lah juga cenderahati dari KK Home kupon RM100. Kerusi tu masih warna kayu sebelum dicat putih.





Gambar yang tersiar dalam majalah tersebut.




Monday, October 26, 2009

Hari Minggu Yang Menyeronokkan


Rasanya baru je ari Jumaat kan. Tup..tup dah ari Isnin semula. Begitu pantas masa berlalu sesaat demi sesaat... cewah.... Seperti biasa kebetulan pulak hujung minggu ni ada projek baru yang perlu dibereskan. Memang seronok beb. Lebih-lebih lagi nak gantung rak baru. Sesuai ler ngan tajuk kat atas tu 'Hari Minggu Yang Menyeronokkan'. Dinding dapur Diary Roses Cottage dah berubah lagi. Gambar kat atas tu adalah gambar sebelum rak baru digantung. Rumah warna hitam 2 buah tu saya isi Koleksi Syampu-Syampu Hotel.


Ni koleksi syampu2 bila dah dizoom. Banyak juga la koleksinya. Botol2 syampu tu ada yang sendiri punya dan ada pemberian dari kawan2 pejabat dan bos yangmana dia orang tau saya minat kumpul botol2 tu. Kalau ada sahabat2 alam maya yang nak jual botol syampu pada saya secara on line boleh lah bagi tau kat saya ek.. hi..hi...


Kesian rumah hitam tu... tapi tak per.. nnti ada masa hujung minggu yang akan datang akan ku jadikan ianya berubah warna.


Kosong lagi atas tu. Tak tau lagi nak isi apa. Kena intai2 lagi blog henglish style ni.. utk tambahkan ruang yang ada.


Ni lah koleksi botal syampu Diary Roses. Penuh dah weh.... Kena beli lagi rak ni dah tak muat. Hi...Hi..



Ni dah tukar gambar. Bukan inggeris sytle lagi. Gambar Hang Tuah Seksi. Gambar anak teruna ku masa balik rumah keluarga di Pekan,Pahang.


Gambar dengan ayah n hubby. Gambar ni masa balik kampung kat Pekan. Ari sabtu 24 okt - besday sultan Pahang. Ayah baru balik dari istana ada majlis kat situ.


Ni pulak kek besday anak teruna ku. Besdaynya ari ni 26 Okt. Tapinya semalam (ahad) dah celebrate beli kek n KFC jer.


Anak teruna ku dan sepupunya bersedia untuk tiup lilin. Sekian, cerita hari minggu ku yang menyeronokkan dan penuh dengan aktiviti-aktiviti.

Friday, October 23, 2009

Sepetang di Pejabat Diary Roses


Yupp.. dah kul 4 ni. Ari ni dah jumaat. Esok cuti. Bestnyer. Sebelum bercuti ni Diary Roses sempat la N3 gambar-gambar kat opis. Ari ni lari sikit dari topic biasa - Kedesaan Inggeris. Gambar atas tu gambar rakan2 pejabat, pakai baju boria (baju korporat bahagian kitaorang) - Diary Roses (No. 2 dari Kiri)

Ni la tempat duduk Diary Roses. Tengah jawab call. Sempat tersenyum lagi. Manis gitu...hi..hi..


Meja yang tenang setenang orangnya. Roses tetap ada dipenjuru kanan meja dan bantal tu pun sarung roses


Meja yang tenang jangan disangka tak der kerja. Ni buktinya dah kembali bersepah. Tengah kelam kabut la ni kononnya.


Tak sempat nak susun ler.

Thursday, October 22, 2009

Koleksi Diary Roses 1


Salam. Ari dah kul 5 ni. Jap lagi dah nak balik rumah. Sebenornyer dari tadi dah n3 gambar sambil-sambil buat kerja opis tapi lambat sangat uplod nye. Setakat ni tak der story baru lagi lah. Ni lah koleksi2 yang ada kat rumah Diary Roses tu.


Koleksi tin yang tak sebanyak mana. Baru berjinak2 dalam dunia koleksi tin. Kat kuantan ni tak banyak jual tin2 so susah la ckit nak kumpul. Kalu nk beli pun terpaksa on line. Setakat ni koleksi Kak Lynn la yg jadi sasaran. Lagipun mudah berurusan gan k.lynn (akak bkn puji saje je ni....free gift tak der ker)


Tak de tempat dah nak letak, sampaikan kat sink pun jadi....

Tin-tin yang dah diletak kat tempatnya

Tuesday, October 20, 2009

Cuci Mata Di Petang Hari

Salam di petang hari tepat jam 5 petang. Dah abis office hour. Jap lagi dah nak balik. Sebelum balik , Diary Roses sempat lagi mengupdatekan blog ni. Cuci mata di petang ari. Biasalah... apa lagi yang nak ditunjuk nya. Koleksi-koleksi Diary Roses yang ada dalam simpanan. Gambar atas tu pemandangan sebelum nak ke toilet.

Rak ni dibeli kat KK nilai.

Rak & barang2 inggeris style yang dijual kat kedai di mega mall Kuantan

Menarik tak? Kettle ni saya beli dengan Sue Sofia.
Okey, saya pun dah nak balik ni. Jumpa lagi esok.. insyallah...


Sunday, October 18, 2009

Vantage Diary Roses 2


Salam kepada semua pengunjung Diary Roses. Kali ni Diary Roses nak share dengan kawan-kawan semua koleksi yang tak sebanyak mana ni. Set yg kat atas tu set yang pertama sekali dibeli sebagai koleksi. Dah beberapa tahun jugak la usianya.


Punch Set


Ni bekas tempat letak garam. Bekas ni diary roses beli masa kursus di Langkawi.

Thursday, October 15, 2009

Shoping Barang2 Roses Dari Kak Lynn & K. Mar English Roses


Ni semua barang-barang yang ada dalam koleksi Diary Roses hasil dari terjahan Diary Roses dalam dunia blog ni. Rak ni dibeli dengan kak mar (english roses)


Yang ni pun dengan kak mar (english roses)


Yg ni pulak dgn Kak lynn sekali gan pemegang tombol yang kecik dan comel tu

Rak Diary Roses Dah Sampai


Semalan 15 okt 2009, parcel dari kak mar (english roses) dah diterima. 2 kotak - besar jugak la. Seronok sangat. Kak mar poskan 14 Okt (petang) dan keesokannya dah diterima. Tq Kak Mar. Ni dah kali kedua jugaklah diary roses shoping on line product dengan kak mar. Balik rumah petang tu tak sempat lagi nak buka, malam lepas (kawan dtg beraya kat umah) baru sempat buka. Alhamdulillah, barang2 ok tak de rosak apa2 pun. Dapat 'free gift' lagi dari kak mar.


Tempat kunci


Rak . Tak sempat lagi nak buang plastik bungkusan


Rak

Wednesday, October 14, 2009

Vantage Diary Roses

Hai.... jom lawat dapur Diary Roses pulak. Ni adalah sebahagian daripada koleksi2 kesayangan saya yang dikumpul sikit demi sikit. Nak beli banyak sekali gus pun tak termampu juga. Kiranya dah beberapa tahun jugak la saya mengumpul pelbagai koleksi vantage. Jom kita layannn ......


Kita continue nnti yek. Ada lagi koleksi nya. Tak sempat nak N3 lagi. okey...

Tuesday, October 13, 2009

Yang Ditunggu Dah Tiba


13 Oktober 2009 . 10 am .... Barang-barang ku sudah sampai. Seronok nyer bilaopismate cakap ada bungkusan untuk saya. Tima kasih kak lynn. Barang2 yang diterima pun ok. Tak der kerosakan pun. Signage apple dan 2 biji tin yang comel sangat. Balik aje dari pejabat terus aje cari tempat yang strategik untuk digantung.