Followers

Sunday, November 1, 2009

Rak Gantung Dari JB ke Kuantan

Salam untuk semua. Alhamdulillah, kali ni dapat lagi kita bersua dan berbicara walaupun tak dapat melihat muka di Diary Roses. Lagi ..... nak berkongsi cerita tentang barang-barang henglish style yang Diary Roses telah sambar hasil dari terjahan dari blog ke blog. Barang ni sampainya ari Jumaat lepas.


Rak gantung comel

Buat pertama kalinya saya telah menyambar barang dari Lin (English Decal Product) yang berada di JB. Walaupun tak bersua muka hanya berbicara di telefon, dari tutur katanya yang lembut dan melayan dengan penuh sabar panggilan dari Kuantan ni. Dapat la jugak 2 barang.

Pasu Tinggi

Kat Kuantan memang susah nak dapat Barang2 Henglish Style ni. Kalu ada pun harganya mahal dan berganda lagi. Sebelum mengenali blog-blog ni , memang beli kat Kuantan pun. Dah nak wat cam ner kan. Minat punya pasal. Kalau decal tu ..fuh.. memang mahal. Tapi semenjak dah pandai berblog2 ni apalagi......... semua nya beli gan on line la. Puas hati beb. Alhamdulillah setakat ni pun saya soping on line gan Kak Lynn, Kak Mar(Roses English Garden), Lin(Englisah Decal Product), Suesofia & Yangdahlia (Ell's Garden) semuanya tak ada masalah. On time beb penghantarnya.

Okey, itu sahaja setakat ni . Nak meninjau2 kat kedai lain lak ni... Bye..bye..


0 comments: