Followers

Tuesday, November 3, 2009

Ilmu Untuk Dikongsi Bersama

Bunga roses yang ada di Diary Roses Cottage. Sekadar untuk mencuci mata sambil membaca cara bagi merawat demam panas.
Salam. Apa kabar sahabat2 di alam maya semua. Harapnya semuanya sihat. Kali ni saya nak berkongsi sedikil ilmu dengan pengunjung2 Diary Roses. Buku ni adalah salah satu dari koleksi buku2 yang ada dalam koleksi Huby n me.

Merawat penyakit demam panas : Menurut penulis buku tersebut jika ada ahli keluarga yang mengalami penyakit seperti ini, maka boleh lah membantunya dengan membaca surah Al Fatihah. Kaifiatnya lebih kurang sama dengan kaifiat di atas iaitu solat hajat dua rakaan terlebih dahulu. Selepas itu berzikirlah beberapa lama, baru kemudian mengambil segelas air bersih. Kemudian mulailah berdoa dengan doa di bawah ini:

Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepadaku Nabi-Mu dan utusan Mu Muhammad SAW, bahawasanya baginda bersabda: "Surah al-fatihah boleh dibacakan untuk apa sahaja. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah Tuhan alam semesta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, yang menguasai Hari Kiamat. Hanya kepada-Mu sahajalah kami menyembah dan hanya kepada-Mu jualah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka bukan orang2 yang dimurkai dan bukan pula jalan orang2 yang sesat.

Buku Amalan Mustajab & Murah Rezeki oleh Nurhafidz Abdullah

Selepas membaca doa dan surah itu kemudian hembuskanlah ke dalam air bersih yang ada di dalam gelas atau apa sahaja sebanyak 3 kali. Lalu minumlah kepada pesakit itu. Insyallah.


0 comments: