Followers

Sunday, November 15, 2009

Berkunjung Ke SUHAILA Cottage - Sahabat Alam Maya

Diary Roses dan Suhaila - Sahabat Alam Maya
Salam dan salam satu malaysia untuk sahabat2 alam maya semua. Diary Roses nak kongsi cerita ngan semua pengunjung yang mana hari Ahad baru-baru ni untuk pertama kali nya dapat berjumpa dengan sahabat alam maya iaitu Suhaila. Ataupun nama manjanya Su. Ini sahabat alam maya yang kedua lah Diary Roses bertentang mata. Kebetulan lak nak dijadikan jodoh ari tu, Diary Roses plan nak balik rumah parents kat Pekan, Pahang, tergerak hati nk singgah kat Su Cottage. Lagipun Cotage Su cuma one way nak balik ke Pekan. Pagi tu Dairy Roses pun sms la kat Su bagitau nak datang umah. Su pun balas sms bagitau dia ada kat umah. Boleh la singgah. Su tinggal kat Taman Berjaya Permai. Ish.. berdebar lagi beb... Cam na la orangnya kan. Tapi hati kuat mengatakan Su ni mesti peramah juga orangnya seperti yang dok bercakap kat tepon sebelum ni.
Masuk jer kat Cottage Su... terkaku seketika Diary Roses.... terpegun dan terpesona melihat keindahan Cottage Su. Fuh.. pandai Su mendeco kan cottage nya tu. Menarik sangat. Cantik mata memandang. Alhamdulillah, bila dah berjumpa dengan Su, macam dah berkawan lama la pulak. Biasanya macam tu lah. Sahabat2 alam maya yang punya minat dan citarasa yang sama ni - hengglish sytle mudah saja untuk memulakan berbicara dan seterusnya jadi sahabat.
Ini adalah sebahagian dari sudut-sudut yang menarik (tapi.. bagi Diary Roses semua sudut kat Cottage Sue manarik belaka) untuk tatapan sahabat alam maya semua.


Ruang menonton TV



Ni pula sudut di ruang tamu. Terima kasih banyak2 Su coz sudi terima kehadiran Diary Roses n Famly. Maaf kerana menganggu Su di hari minggu. Nice to meet u Su. Jemput lah nanti berbalas kunjungan untuk ke Cottage Diary Roses pula yek. Nanti Diary Roses akan N3 lagi gambar2 sudut Cottage Suhaila. Ok, kita berjumpa lagi esok atau lusa yer. Insyallah. Ca Ci Cau.




0 comments: